Motif Bercelaru Seolah Merosakkan Kain, Tapi Ianya Mahal

Hari ini dengan kehadiran pelbagai pengaruh, tukang tenun terdedah kepada pelbagai jenis fesyen dan gaya moden dan sedikit sebanyak memberikan mereka ilham dalam mereka pelbagai corak. Ada kalanya corak direka mengikut permintaan pelanggan.

https://tenunansongket.com/product/kain-tenunan-brunei-sukmaindera/

Kain Bepakan

Rekaan kain tenunan telah dipertahankan sejak berabad lamanya dan yang paling terkenal ialah Kain Jongsarat. Ia terkenal kerana sering digunakan terutama sekali semasa majlis istiadat diraja dan kebangsaan, dipakai oleh pengantin lelaki dan perempuan semasa majlis perkahwinan dan kadang-kadang
digunakan sebagai perhiasan dinding.
Secara umumnya, rekaan kain tenunan terbahagi kepada dua kategori, dikenali sebagai corak Biasa dan corak Bepakan. Kain yang ditenun dengan benang emas, perak atau benang sutera dinamakan corak Biasa, manakala kain yang ditenun menggunakan kapas dan benang emas dipanggil corak Bepakan. Kain yang ditenun dengan corak Bepakan kelihatan lebih menarik dan mahal daripada corak Biasa.

Kain Corak Bercelaru 

Satu lagi rekabentuk kain tenunan Brunei Kain Si Pugut diambil dari perkataan pugut, dalam Bahasa Melayu Brunei membawa maksud, bersifat kasar dan suka merosak, kerana perbuatan penenun menggunakan beberapa warna benang yang berbeza untuk mengolah isi kain dan motif yang bercelaru seolah-olah ingin merosakkan kain, namun cetusan kreativiti ini mampu menghasilkannya sebagai salah satu kain tenunan Brunei yang terbaik dan paling rumit seninya.

Kain Sipugut Papan Tepi Dan Punca Berinti

Reka bentuk Kain Sipugut berasal dari Kain Sukma Indera yang lebih tua, dan melalui beberapa pengubahusaian dengan tambahan motif yang khusus dan tertentu. Reka bentuk kain ini mempunyai persamaan dengan kain Sukmaindera tetapi yang membezakan ialah di dalam petak tersebut diisi dengan motif segi empat bujur yang lebih kecil ukurannya. Motif yang menghias pada bahagian petak tersebut akan diisi dengan benang yang berwarna warni.

Kain Tenunan Brunei Harga Mahal

Kain tenunan dinamakan mengikut coraknya, seperti Kain Silubang Bangsi, Kain Sipugut, Kain Jongsarat, Kain Beragi, Kain Sukmaindera, Kain Lipatan Madu, Kain Arap, Kain Beturus dan Kain Tajong.
Daripada senarai tersebut, Kain Sipugut dan Kain Sukmaindera merupakan yang paling mahal manakala Kain Beragi paling mendapat sambutan kerana harganya yang sederhana. Sementara itu, Kain Jongsarat sering menjadi pilihan sebagai hantaran semasa Majlis Menghantar Berian khususnya daripada pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.

Share:

Leave your thought here

Your email address will not be published.

Chat kami sekarang