Untuk Pertama Kali Kami Akan Mengikuti Mubarak Fest 2024 Di Brunei

Mubarak Fest adalah suatu event pameran jualan besar- besaran daripada peniaga lokal dan antara bangsa dengan pelbagai produk jenama fesyen sampai kepada perkhidmatan penting untuk hari raya.
Kami salah satu jenama Tenunan Songket berminat untuk ikut event yang berprestij di Brunei ini. Alhamdulillah Pada tahun 2024 ini Tenunan Songket berpeluang untuk menunaikan azam yang lama terpendam ini.

Pada Mubarak Fest ini kami akan menampilkan pelbagai tenunan dengan corak dan warna yang menarik dari Jenis Tajung, Tabur, Arap Gegati, Silubang Bangsi, Beragi, Liputan Madu, Sipugut dan Sukma Indera dengan kwaliti yang tak diragukan.

Dengan mengikuti Mubarak Fest ini memudahkan pelanggan untuk melihat secara langsung produk kami karena biasanya anda hanya melihatnya melalui gambar dan membeli secara online sahaja. Dengan membeli langsung di stand langsung pelanggan dapat memilih kain yang dikehendaki, kami juga dapat berbincang secara langsung dengan pelanggan, ini akan memberikan pengalaman yang menarik.

Gunakan peluang ini untuk dapat berjumpa kami di Mubarak Fest pada 28-31 hari bulan March bertempat di Hotel Rizqun The Mall, Songket Ballroom. Anda juga dapat berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan oleh CEO B Pro Event.

Share:

Leave your thought here

Your email address will not be published.

Chat kami sekarang